EVENT CALENDER

  • Inaugural Lecture
  • 4 December 2018 | Tuesday | 9.00am KEEPING UP WITH DIGITAL CONTENT - Evolution, Design, Expectation Of Multimedia, Polymedia, Mulsemedia and User-Generated Media
  •  AHSGS1
  • SMMTC1
     
  • SEML1
  • SQS1
  • SAPSP1
  • PB1
  • SOC1
  • SCIMPA1
  • 1. Tunaikan Amanah Dengan Penuh Komitmen, Berintegriti

    Tunaikan Amanah
    UUM ONLINE: Penjawat UUM College of Arts and Sciences (UUM CAS) yang baharu dilantik diraikan pada Majlis Penyampaian Surat Tahniah Dan Penghargaan Penjawat UUM CAS di Auditorium UUM CAS, baru-baru ini.
    Menurut Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr. Huda Ibrahim majlis ini diadakan bagi meraikan Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Jabatan, Penyelaras-Penyelaras UUM CAS yang telah menerima surat pelantikan daripada Naib Canselor sebelum ini.
    “Lantikan ini sebagai tanda kepercayaan dan harapan yang tinggi dari Pengurusan Tertinggi UUM ke atas para penjawat dan terimalah sebagai satu penghormatan.  
    “Saya mengucapkan selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak Universiti di Pusat Pengajian masing-masing dan tunaikan amanah yang diberikan dengan penuh komitmen dan berintegriti,” katanya.
    Beliau berharap semua yang dilantik sentiasa berkerjasama dalam setiap urusan dan memberi sokongan padu bagi menjayakan agenda Universiti.
    “Pastikan segala perancangan stategik dan KPI UUM dapat dicapai untuk menaikan ranking UUM ke persada dunia.
    “Seiring dengan hasrat itu, amalkan sikap hormat-menghormati, bertolak ansur,  bekerjalah seperti satu keluarga dan elakkan dari meletakkan kepentingan sendiri melebihi dari kepentingan yang lain,” ujarnya.
    Beliau turut berkongsi intipati ucapan Naib Canselor, Prof Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani ketika hari penyampaian watikah dekan antaranya, menerapkan nilai kasih sayang, kegembiraan, hormat menghormati serta hidupkan kembalikan nilai sivik dan Islam sesama rakan dan pelajar.
    “Serlahkan kepimpinan, akauntabiliti, hindari rasuah serta turun padang mendekati warga kampus di samping menjadikan UUM sebagai Harvard Universiti di Timur dengan pembinaan ilmu dalam melahirkan graduan berinovasi dan kreatif,” luahnya.
    Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada mantan Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan dan Penyelaras yang telah berkhidmat pada 2018. 
    “Sumbangan dan kerjasama yang diberikan amat dihargai walaupun sudah tidak memegang jawatan, sentiasalah memberi pandangan dan kerjasama kepada barisan terbaru dalam memacu kecemerlangan,” serunya
  •   Biru Warna

      Date Modified 6 Nov 2015 :
      Watch our latest video now, more interesting videos to come...
      Biru Warna Watch Now 
     

    UUM Corporate  UUM CORPORATE

      Date Modified 6 Nov 2015 : 
      Watch our latest video now, more interesting videos to come...
      UUM Corporate Watch Now
     
     
     

      UUM CAS 

      Date Modified 6 Nov 2015 : 
      Watch our latest video now, more interesting videos to come.
      UUM CAS Watch Now
     
     
     
     
     
     
  •  

     Alumni @ UUM CAS

      Date Modified: 21 Dec 2015
      News Alumni @ UUM CAS...   

     View All

  •  

     NEWS ARCHIVE

      Date Modified: 18 Dec 2015
      UUM CAS news archive...   

      View All

 
Visit UUM CAS website
via
mobile smartphone and tablet.
 Scan the QR Code for
mobile access >>