ROADTOUR PENOLONG NAIB CANSELOR UUM CAS KE AHSGS

on .

Road tour AHSGSUUM CAS ONLINE: 30 Julai 2017, Awang Had Salleh Graduate School (AHSGS) menjadi penutup tirai sesi lawatan oleh Penolong Naib Canselor UUM College of Arts and Sciences, Prof. Dr. Huda Hj. Ibrahim. ‘Roadtour’ yang diadakan pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, AHSGS telah dihadiri oleh Dekan AHSGS, Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin, Timbalan Dekan, Dr. Azizi Ab Aziz, Ketua Penolong Pendaftar Kanan UUM CAS, En. Azahari Azmi, Penolong Pendaftar Kanan AHSGS, En. Mohd. Khairy Mukhtaruddin serta semua staf AHSGS.

Terdahulu dalam ucapan aluan oleh Dekan AHSGS, Prof. Dr. Norshuhada memaklumkan tentang masalah serius yang dihadapi oleh AHSGS iaitu jumlah kemasukan pelajar antarabangsa untuk semester September sesi 2017/2018 serta perancangan yang akan dilakukan oleh AHSGS untuk mengatasi masalah tersebut. Beliau juga turut memberi taklimat serba ringkas berkenaan unit-unit yang terdapat di AHSGS, pencapaian KPI serta beberapa perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang sedang dan akan dilakukan oleh AHSGS.

Seterusnya Prof. Dr. Huda Ibrahim berkongsi tentang input-input yang beliau dapati daripada ‘roadtour’ yang telah dilakukan sebelum ini serta beberapa aktiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh SOC dalam masa terdekat. Beliau juga berjanji untuk turut sama membantu mempromosikan program-program AHSGS dalam rangka lawatan beliau ke luar negara. Sebagai penutup, Prof. Dr. Huda berharap semua warga AHSGS bersama-sama berganding bahu mengukuhkan lagi program-program pasca siswazah di AHSGS terutamanya dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar.

Sekian.